Posts

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa ki

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  yang  bertujuan mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam  sekeliling dan  dari  aspek  yang  sering  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu  pencemaran  yang membawa  kepada  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung  dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan  biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,  tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  pelbagai  punca  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  menyumbang  kepada  pencemaran  alam  sekitar.             Antara  punca  yang  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  membawa  kepada  masalah   pencemaran  alam  sekitar  ini  ialah  masalah  sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab.  Hal  ini  jelas  kerana  tiada  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka  untuk menjaga  alam  sekitar 

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar Kesan Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk. Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi

KEPENTINGAN

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Image
Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai. Penc

PENGENALAN

Tujuan Blog Blog ini dibuat adalah untuk menyiapkan tugasan bagi Komunikasi dan Penyiaran Islam pengurusan di Politeknik Seberang Perai pada tahun 2018. Blog ini dibuat adalah untuk memberi serba sedikit tentang alam sekitar.